Jumaat, 30 Ogos 2013

Happy 10th Wedding Anniversary

Alhamdulillah..


Hari ini 30hb Ogos 2013..genap 10 tahun perkahwinan saya bersama suami, Zulfakar Yahya bin Hj. Abdul Aziz. Lebih istimewa lagi ulangtahun ini jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari.

Ketika entri ini ditulis, tiba-tiba saja airmata saya mengalir. Bukan sedih tetapi sebak mengenangkan kehidupan yang dilalui selama 10 tahun ini. Susah senang pahit manis..semua dilalui bersama dengan tenang. 

Mengimbas 10 tahun lepas, saya bernikah dengan suami tanpa mengenalinya begitu mendalam. Semuanya pantas..Bukan terdesak tetapi kesungguhan untuk memperisterikan saya membuatkan saya yakin disamping kecenderungan hati selepas mengerjakan istikharah.

Di awal perkahwinan, kehidupan amat sederhana dan payah. Sekali lagi airmata mengalir..mengenangkan kepayahan itu. Kelahiran Haikal mengambarkan kepayahan itu..sebab itulah kini apabila Haikal minta sesuatu kami akan penuhi..dengan bersyarat.

Tahun demi tahun berlalu..kini saya dan suami dikurniakan tiga cahaya mata yang comel. Haikal, Zahra dan Hafiy..mereka adalah nyawa saya. Walaupun ada masanya mereka nakal, comot, buat perangai mereka adalah gambaran saya sebab mereka darah daging saya.

Selama ini, segala dugaan dan cabaran dapat ditempuhi..Namun pada tahun ke-10 ini saya diuji oleh Allah Taala untuk melihat dimana letaknya iman saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyayang..Saya dilindungi olehNya dari terus leka. Tak mengapa..ia menjadi pengalaman dan pengajaran yang amat berguna.

Saya panjatkan doa kepadaNya agar kebahagiaan mengiringi perkahwinan ini agar ia kekal hingga ke jannah..gurau senda, gelak ketawa..Insyaallah..Terima kasih Allah atas kurniaan dan kehidupan yang terindah ini..  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan