Isnin, 9 September 2013

Haikal Di Pertandingan Azan Raudhah di Hatiku TV9

Sabtu lepas, Haikal masuk pertandingan azan sempena program Raudhah di Hatiku TV9 di Masjid Al Hasanah. Haikal wakil sekolah bagi kategori 8-10 tahun. Ada 7 peserta untuk kategori ni dari 7 buah sekolah sekitar Bandar Baru Bangi.



Pertandingan bermula pukul 10.15 pagi. Haikal nampak rileks je..kebetulan 3 orang pakai baju melayu warna sama..mcm berjanji pulak ek..


Haikal peserta kedua yang melaungkan azan. Yang berkopiah tu ialah bilal Masjid Al Hasanah sebagai juri.


Haikal ketika azan..



Fuhhh..lega ye Haikal. Keputusan tak diumumkan lepas pertandingan tapi diumumkan pukul 5.30 petang. Lama lagi nak tunggu, balik dulu la..lunch, tidur jap, wangi2 lepas asar datang balik ke masjid. Petang tu, Haikal ber t-shirt je




Haikal dapat no.4...emmm..not bad. Tak dapat no. 1 pun takpe..janji Haikal berani. Hadiah pemenang disampaikan oleh Upin Ipin. Suka anak2 yang masuk bertanding dapat hadiah dari Upin Ipin. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan