Khamis, 4 September 2014

Gathering Ihsan 95

Asalnya cuma berkata tq atas undangan dan tidak ketahuan samada nak pegi atau tidak. Tapi bila tuan rumah dah listkan nama saya sebagai tetamu yang confirm hadir dalam whatsapp, saya jadi serba salah..tak elok rasanya saya hampakan undangan orang. So, 30/8 saya ngajak suami ke Cahaya SPK. Jemputan ni adalah dari sorang kawan sekolah al ihsan utk kawan2 yang dah berbelas tahun tak jumpa. Gathering.. Jemputan makan2 merdeka katanya.

Yang peace tu la tuan rumah, Maizurah Mohamed..nama glamnye Pokmai. Seronok dapat jumpa kawan2 lama. Selama ni berchatting dlm whatsapp je..hari ni bersua muka..


Yang kiri sekali sepul (pegawai undang2 di mps) dan yang berkopiah suheir (ostaz di sek kl). Kami makan sambil bual2..tapi sikit kekok..mungkin segan kot..


Tak lama lepas tu, sorang lagi sahabat dari Kuala Selangor pun sampai. Uda (cikgu) nak sangat jumpa saya..akhirnya..dengan anak 5 orang..


Yang tudung coklat tu Zelly..kami tak dapat nak bual lama sebab yang baru sampai nak jemput makan. Takkan orang makan kita nak nyembang. Pulak ada suaminya kat sebelah. Bila dah selesai makan, yang saya pulak dah lama sangat kt rumah orang suami ngajak balik. Last2 bual yang biasa2 je la..bual tahap mak-mak dah sekarang. Sebelum balik, posing dulu buat kenangan dan tayangan secara live ke whatapp group.

Buat sahabat2, doakan kalian sejahtera dan bahagia bersama keluarga tercinta..Ameen






Tiada ulasan:

Catat Ulasan