Rabu, 14 Disember 2016

Pizza Roti Sosej Cendawan

Terlebih rajin pulak hari ni nak meng update bahan2 dalam kamera. Yang ini adalah bekalan masa outing satu setika dulu. Bekalan ni kudapan dalam kereta. Tapi last2 tak jadi kudapan pun. Terpaksa berhenti di hentian dan makan. Ngeri tengok lelehan sos dan cheesenye..kalau tumpah pada baju atau seat kereta, mau tak nanges. Berkhasiat dan kalerful Roti Pizza Sosej Cendawan..nak lagi panjang tambah capsicum,cheese..hoho



Resepi roti pizza ini saya dapat daripada FB. Base roti pizza boleh taruk tomato puree dan toppingnya pula daripada sosej, cendawan, capsicum, cheese. 

Mudah aje pembuatannya..sapukan tomato puree pada roti. Letak dan susun aje bahan2 di atas roti. Paip sos cili dan susunkan cheese. Nak lagi leleh, boleh taruk mayonis. Roti dah make up cantik, boleh bakar dalam oven agak2 cheese tu mencair.


Saiz tupperware di atas ngam2 dengan empat keping roti. Jadi mak2 harus beli tupperware pattern ni sebab mak dan roti tak dapat dipisahkan..woweii. Bekalan hari tu beserta dengan potongan epal dan dragon fruit. Truly nutritious..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan