Sabtu, 11 Februari 2017

Keria Antarabangsa

Di penghujung tahun 2016, kuih keria antarabangsa menjadi viral dan femes di halaman sosial. Asal bermula di sebuah gerai menjual kuih keria di Melaka, ia menjadi kegilaan masyarakat untuk mencubanya. Sana sini bercerita tentang kuih keria dan sana sini juga menceritakan betapa eksklusifnya untuk mendapatkan kuih ini sebab perlu beratur panjang dek pelanggan yang berduyun tiba. Tak kurang juga dikatakan pembelian kuih ini terhad kepada RM5 bagi seorang pelanggan. Kalau yang datang dari jauh, tentulah kecewa untuk dapatkannya dengan kuantiti yang banyak.


Disebabkan hal itulah, maka ramai pembikin kuih muih mencuba try and error menggali resepi kuih keria ini. Dan hasilnya, apabila cara pembikinan diketahui, maka di sharekan pula  di halaman sosial. Syukur..masing2 tidak kedekut ilmu. Saya antara orang yang tidak lepaskan peluang untuk mencuba resepi kuih keria ala antarabangsa ini.


Nah..keria diuli dengan bahan2 seperti ubi keledek oren, tepung naik sendiri (belasah aje sbb masa tu tepung gandum dah abis), garam, gula, air 
 Diuli manja semua bahan dan dibentukkan seperti donut.


Pembentukkan keria yang saya buat ni amatlah tidak menepati piawaian. Rupanya bersegi dan lekuk sana sini..sungguh tak cantik rupamu wahai keria kerana kamu harus kelihatan gemoks2.

Namun, itu hanya seketika. Sebaik sahaja di goreng tenang, keria merubah menjadi keria gemoks yang teramat cun kerna ia naik berganda.. 


Musykil dengan kejadian ajaib ini, tiba2 baru saya teringat bahawasanya saya telah menggunakan tepung naik sendiri yang mana dah tentulah ia mengembang dan pabila digigit, ia bersarang.

Suka dengan kemenjadian keria, saya sirakan dengan gula melaka. Ilmu menyira keria perlu saya pelajari dengan lebih mendalam agar gula yang menyaluti keria kelihatan berkaca.



Rasa keria antarabangsa tidak mengecewakan walaupun pertama kali membuatnya. Sedap dan manis..pasti lepas ni saya akan buat lagi kuih ini..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan