Selasa, 16 Ogos 2022

ReZeKi ALoNg Di PoLiTeKniK UnGkU OmAR

 Tiada lain kata-kata yang selayaknya mama dan papa ucapkan selain Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan rezeki dan peluang seluas-luasnya kepada Along untuk sambung belajar selepas tamat SPM. Mama flashback dari mula-mula along daftar online. Sebaik online UPU dan matrik dibuka, kita bertiga duduk mengisi online UPU dan matrik. Matrik tiada masalah sebab kita semak aje..semua maklumat dah ready dalam sistem..tinggal lagi nak klik hantar aje. Yang mencabar bila mengisi UPU. Mama rasa ada dalam tiga kali kita duk betulkan pilihan course. Finally, kita tawakkal dan submit.


12 course yang mama, papa dan along pilih. Hujung-hujung pilihan, adalah course yang tak berapa mama minat. Ehhh..ni sape yang nak sambung belajar sebenarnya..haha😜. Mama ada aim untuk along. Asalnya masa PKP tahun-tahun lepas. Mama nampak prospek bila kerja nanti, tak kerja makan gaji, along boleh freelance dengan kemahiran yang ada. Papa pun support. Bila ditanya along nak ambil course apa, along tak pasti. Bila tak pasti, senang mama masuk jarum..haha😂😂

Disebabkan along sibuk keje Texas Chicken (kebanggaan along lagi ayam Texas besar😋), urusan menengok result UPU mama yang take over. Tapi sebelum tu, result matrik dah keluar..tapi takde rezeki along. Yang paling tak boleh blah, mama langsung tak klik rayuan. Padahal bukan susah pun..klik je. Rasanya kalau mama buat rayuan,kemungkinan along dapat matrik sebab matrik buat 3 kali intake. Tapi takpe..apa2 yang berlaku semua perancangan Allah..tiada yang kebetulan.

22 Julai 2022 jam 12 tengahari talian semakan UPU dibuka. Mama tengok result along masa mama dan papa dalam kereta beli nasi ayam penyet. Masa tu, mama sampai Bangi dari kursus di Melaka. Bila online je, mama nampak perkataan hijau TAHNIAH!! mama scroll sampai bawah.. Along dapat Politeknik Ungku Omar. Allahuakbar..mama dan papa terpaling gembira dengan kejayaan along..Alhamdulillah. Along wasap mama sejam kemudian sebab time tu along keje tak tengok fon.

Mama simpan semua screenshot result di sini untuk kenangan along. Nanti bila turn kakak, mama taip untuk kakak pulak. Mama stop kat sini dulu part 1 sebab banyak kenangan2 dalam proses along nak masuk Poli termasuk bebelan mama yang nak mama story.


Kenangan hari2 terakhir SPM di SMK Jalan Tiga. Anap ni pun dah ke Matrik Kedah. Sambung lagi Part 2...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan