Selasa, 20 November 2012

Haikal Berkhatan

Semalam Haikal bersunat. Haikal ni hari2 tanya bila nk bersunat. Tu la..bila bincang dgn suami, Haikal dah nak on je la. Nanti tak nak susah pulak nk memujuknya. Lagipun senang buat awal sbb bulan 12 ni byk kenduri kawin nk kena attend.

Haikal bersunat kat Poliklinik Al Haj, Bangi. Masa sampai kt klinik ni ramai  bebudak dtg buat follow up. Ada tu bdk 6 tahun kecik je dah sunat..


Sila la posing sebelum kena potong ye...


Stress menunggu



Time kena bius..nangis jugak



Kejap je..keluar je bilik dia punya kecoh satu klinik dengar. Tak sakit ma..betul tak sakit..


Aik..mcm takde ape pun...

Sampai rumah kasi gantung..lap2 badan je la..

Hehehe..ingatkan tak sakit ok la. Malam semalam merengek menahan sakit. Nak buat camne..mmg cam tu la org bersunat kena sabar, kena tahan sakit. Pagi tadi pun mengadu sakit. Sabar..sabar...jaga bdk bersunat ni macam jaga org berpantang. Eiii...nasib baik la bersunat ni sekali je seumur hidup.

Harap Haikal cepat baik. Dia pun nampak tak tentu arah sbb asyik baring je. Kalau cepat baik cepat la boleh naik basikal.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan