Khamis, 28 Ogos 2014

Dekorasi Meja Makan

Tiap kali nak raya, saya tak lupa beli plastik alas meja. Time raya mejalah paling penting sebab di situlah tarikan dengan macam2 menu dihidang untuk tetamu. Lepas raya, meja jadi biasa2 aje. 

Pakai plastik alas ni ada masalahnya. Pertama, selalu bergerak. Kalau tak nak gerak, beli yang tebal semeter RM18. Kalau 2 1/2 meter dah RM45..tapi bila lama2 teralih juga. Kedua, plastik tak sama saiz dengan kain alas. Mula la tarik sebelah sini tak kena, tarik sebelah sana tak sama. Last2, pasrah..letak bunga bagi tak gerak.


Ini meja makan saya tahun lepas. Table cloth sahaja sbb masa ni belum beli plastiknya lagi. Table cloth pun bermasalah juga. Yang jual memang betul ada 6 dan ada 8 seaters..tapi tak sama juga dengan saiz meja. Table cloth tahun lepas labuh sangat..memang labuh walaupun untuk 8 seaters. Jadi bila kita duduk, kadang2 tertarik dengan kain sekali.
  

Tahun ni saya tak nak lagi risau pasal meja. Awal2 lagi sebelum puasa saya tempah alas meja. Senang..alas meja custome made. Semestinya ngam2 dengan meja kita. Saya tempah dari kain Elyza's.


Idea dan pattern bukan dari saya tapi saya ambil dari Avon. Kebetulan Avon keluarkan campaign sempena Syawal. Ada koleksi perhiasan rumah..curtain, table cloth. Dari situ saya tunjukkan contoh pada ID dan saya pilih materialnya. Dah bosan asyik plain aje, kali ni saya pilih purple stripes di sekeliling kain dan corak floral di tengah2.


Ikut katalog asal Avon, pengikat tepi tu tali aje. Tapi saya tukar pada riben. 


Cermin saya tempah selepas table cloth siap. Ingatkan mudah nak letak cermin besar ni atas meja..rupa ada caranya. 

Yesss..settle pasal meja. Takde lagi gerak sana sini, takde lagi terduduk atas kain..










11 ulasan:

  1. Tanpa Nama16:29

    blh tahu tempah cermin tu dekat mna ye..tu utk 8 seater ke?

    BalasPadam
  2. ye..8 seater.cermin tempah di kedai cermin biasa je.ukuran cermin kena tepat dengan meja..

    BalasPadam
  3. berapa ya harga cermin untuk 8 seater?

    BalasPadam
  4. RM400 sekali dgn pengangkutan Husna Za..

    BalasPadam
  5. boleh saya tahu no telefon tempahan kaca tu..sbb saya nak buat utk meja study

    BalasPadam
  6. boleh saya tahu no telefon tempahan kaca tu..sbb saya nak buat utk meja study

    BalasPadam
  7. Sy nak tempah cermin meja makan 8 kerusi ni no hp sy 0123251577 a.s.a.p yea tq..

    BalasPadam
  8. Sy nak tempah cermin meja makan 8 kerusi ni no hp sy 0123251577 a.s.a.p yea tq..

    BalasPadam
  9. En Mushonda, maaf encik..cermin meja ni sy tempah pd tahun 2014.Jadi no.fon dah hilang dlm simpanan. Sy tinggal di Bandar Baru Bangi.Yang ini saya tempah di Kedai Kaca dan Cermin Ken Min Seksyen 8.

    BalasPadam
  10. Di mana nak Oder glass table nie...leh bagi ukuran sendiri atau sedia kilang...dan berapa kos dalam gambar tersedia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak ACC Yahoo ...reply di aqimo87@gmail.com pless

      Padam