Khamis, 11 Jun 2015

Craft2You : Klip Rambut dan Brooch Yang Super Comel

Inilah projek cuti sekolah saya. Jumaat sebelum cuti hari tu, saya angkut sebakul barang jahitan sekolah dan bawa balik ke rumah dengan niat untuk buat kraftangan. Stok kraftangan dah sold out..Woww..terasa pulak hasil titik peluh diminati..hihihi  

Dalam proses menyiapkan kraftangan ni, memang bersepah la juga work station. Apa? Work station..takde la. Tempat buat keje ni semua kat meja makan aje.  


Sebelum kerja2 menjahit bermula, otak saya ligat fikir nama yang sesuai, yang best, yang de bomb untuk produk saya ni. Masa hari guru, saya namakannya dengan nama  CrazyCraft. Ingat nak kekalkan aje tapi bila dua tiga kali fikir dan timbang2kan rasanya macam tak sesuai pulak. Crazy..hihihi macam gila mabuk todi je.. 


Fikir punya fikir macam nak tersembul otak ini, last2 saya boleh declare produk ni dengan nama Craft2You. Touch up skit2 wording dari CrazyCraft kepada Craft2You, saya printkan dalam beberapa warna untuk tagging harga.

Selesai siapkan label, saya mula menjahit dengan bahan2 seperti kain felt, benang, jarum, butang beraneka warna, gunting, player dan penebuk lubang. Aktiviti menjahit memakan masa 5 hari. Jahitan hanya untuk keychain manakala klip rambut dan brooch saya guna gam aje. Cepat dan mudah.
  

Ini keychain dengan pelbagai warna dan design. Lepas jahit, saya pekkan produk dalam seal plastic supaya presentasinya cantik dan  menarik. Lihat betapa colourfulnya keychain. Kenapa semua patternnya sama? Sengaja..untuk menunjukkan identiti produk. Esok lusa kalau dah jemu tukar bentuk lain pulak. 


Ini pula klip rambut atau hair clip. Sangat comel dan sangat gegirl. Bukan sahaja sesuai dipakai oleh kanak2 tetapi ia juga sesuai digayakan si pemakai tudung syria.
  

Ini juga klip rambut comel. Ia menggunakan riben dan sesuai disematkan oleh semua golongan.


Ini pula kerongsang yang sangat cute lagi comel. Dengan menggunakan manik dan butang, ia juga boleh digayakan oleh semua golongan samada pada baju atau tudung.

Actually produk ini bukan produk peribadi tetapi ia merupakan projek vokasional di bawah subjek Kemahiran Hidup Jahitan Pendidikan Khas SMK Bandar Seri Putra. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang barokah dan disusuli pula dengan Syawal, saya mengambil inisiatif untuk menjual produk2 ini dengan tujuan untuk menonjolkan kemahiran serta potensi yang ada pada murid PKhas. Yang paling penting dapat meningkatkan tabung kewangan PKhas. 

Its ok..mula2 memang saya perlu lakukan semua ini. Bila buka sekolah nanti, saya akan latih murid saya untuk meningkatkan pengeluaran. 

Produk ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai atau digayakan, tetapi ia juga boleh dijadikan door gift seperti majlis kenduri kesyukuran/akikah, birthday party atau apa sahaja event. Apa kata cipta kelainan dengan menghadiahkan sesuatu yang super comel, menarik dan praktikal.

Kepada readers yang sudi dan ingin membantu murid2 istimewa ini, boleh hubungi saya di talian yang tertera pada label produk..

Ini first time saya promote produk dalam blog tau. Agak2 ada feedback tak..hihihi..Usaha Tangga Kejayaan, Belum Cuba Belum Tahu..Kipidap!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan