Jumaat, 5 Jun 2015

SwEeT LiKe CaNdY..MeMoRi HaRi GuRu 2015

Happy Teacher's Day To Me..
Hihihi..wish untuk diri sendiri. Moga menjadi guru yang baik dunia akhirat..InsyaAllah

Hari Guru tahun ni disambut secara sederhana tapi meriah dan berwarna warni. Dengan tema pakaian block colour, rasanya tak berapa suit dengan saya. Sebelum cerita pasal memoria hari guru, nak cite skit pasal dress rambu ramba biru kelabu asap ni. Malam sebelum majlis, saya pegi mencari baju di Bangi Gateway. Plan asal saya nk pakai baju ape yang ada je..tapi last minute rasa2 macam nk beli baru pulak. Cari punya cari, sy berkenan sgt dgn dress ni. Timbang punya timbang sbbkan harganya boleh tahan, saya beli juga. 

Disebabkan dress ni ala2 princess (ada perasaan di situ), saya tak berani nak pakai siap2 di rumah. Takut over pula nanti. Jalan selamat, malam tu saya iron dua dress dengan niat kena survey dulu..kalau cikgu2 dressing de vass, saya pakai dress baru ni. Kalau cikgu2 dressing biasa2 aje, saya guna plan B.

Jadi, pagi 28hb Mei tu, saya pergi sekolah dengan memakai track suit, tshirt kaler merah dengan shawl kelabu. Sampai di sekolah utk thumb print, saya diperhatikan oleh cikgu2..agaknya dalam hati pasal pe la cikgu ni pakai tak ikut dress code. Disebabkan PPKI handle jamuan, saya bagi alasan saya nak angkut backdrop berupa white board. Nanti kalau pakai cantik2 berpeluh pulak..hahaha..diorang boleh terima.
Saya tgk cikgu2 dressing..emm..boleh tahan. Angkut backdrop tak la susah mana. Rasa kalau pakai baju siap2 pun boleh tapi sebab ada agenda, itu yang banyak kerja menyalin baju bagai.
Dah settle, saya pun salin baju di kelas saya. Bila pakai dress banyak kali risau bimbang takut saya yang overdress (sekali lagi perasaan bajet bes..hahaha). Akhir saya buat derk aje..rugi kalau beli tak pakai. Disebabkan saya lambat siap, saya miss perarakan masuk dalam dewan. Kreatif badan pengawas buat..siap ada kain  bumbung gitu pastu belon kiri kanan laluan. Cantik sangat..


Seperti biasa, majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu keramat Guru Malaysia. Pastu pengetua berucap. Pagi tu pengetua umumkan beberapa anugerah guru dan guru2 yang mendapat APC.

Selesai majlis bersurai, saya and the geng pakat2 posing dalam dewan dan luar dewan sebab dewan cantik..





Gambar ni yang mahal sekali siap terangkat kaki..


Lepas posing2, ada jamuan ringan di foyer. Makanan pun sedap2. Saya pun makan agak berhati2 sebab dress ni meleret. Mana nak pegang pinggan nak pegang kain dress lagi. Dah siap makan, pergi ke kelas berhimpun dengan murid saya. Di kelas ada acara tukar2 hadiah sesama group PPKI. Murid2 pun buat latihan nyanyian untuk dipersembahkan di dewan. 

Dah siap2 latihan, saya gerak ke dewan untuk nonton persembahan dari murid2. Tahun ni tiada persembahan guru. Emmmm..saya setuju sgt tiada persembahan guru sbb kadang2 ada yang terover..


Dah siap nonton persembahan murid, ada jamuan tengahari di dewan terbuka. Hidangan memang sedap..gulai daging salai, ayam goreng berempah, sambal tumis udang, kerabu mangga dan ulaman. Sebelum makan, posing kat backdrop yang sangat comel. Majlis bersurai dalam jam 1.30 tengahari.

Itu aje ceritera Hari Guru 2015. Sambutan yang sangat simple tapi bermakna. Tahun depan apa pula gimiknya ye...Moga dapat berjumpa Hari Guru 2016 Insya Allah..Hihik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan