Khamis, 11 Februari 2016

Dekorasi Kelas 2016

Manafaatkan seminggu cuti CNY 2016. Alhamdulillah..dapat juga saya siapkan bahan2 deko kelas. Kalau nak diikutkan dah lewat ni sebab dah bulan 2 baru nak tampal..tapi takpelah orang kata buat perlahan2 hasilnya kebabom..ayat nk sedapkan diri hokeyyyy..Tapi seriuosly kalau hari biasa saya memang tak sempat nak buat ape pun pada kelas sebab banyak task and duty.



Bahan clipart kesemuanya saya amik dari group fb. Terima kasih pada insan yang rajin upload dan share. Macam2 pattern very colourful.



Membuat bahan deko memang perlukan tumpuan..sebab benda ni bermain dengan kreativiti kita. mix and match jadilah sesuatu yang cantik lagi menarik.
Paper plate dot2 merah dah lama dah beli kat Mr DIY..dari tahun lepas lagi tersimpan aje..so fikir2 baik tampalkan sesuatu yang murid boleh hafal berkaitan dengan Pendidikan Islam. 


Bahan2 nilai murni pun ada supaya akhlak murid sentiasa murni..hihihi. Set kelas  jadual waktu, jadual bertugas dan carta organisasi saya beli online dr group fb. Sangat mudah dan senang..


 Insyaallah..takde ape aral saya nk pegi sekolah dalam cuti ni juga. Bukan ape, kalau tunggu buka sekolah nanti memang tak sempat. Mana nak mengajar, nak masuk meeting, nak buat keceriaan lagi. 

Lepas ni mesti kelas saya terlajak cantik..

OK BYE!






2 ulasan:

  1. Tanpa Nama15:47

    Boleh tanya , kat mana nak dapat jadual macam tu iya ?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama04:21

    Mcm na nak buat sticker nama yang cg buat untuk lekat kat banner jadual tu.kelihatan kemas n cantik.nak belajar juga

    BalasPadam