Selasa, 2 Oktober 2012

Lambaian Kaabah 2

Ini cerita Jumaat lepas..kisah abah kami yg 14 jam sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Abah, mi dan akak anak beranak tiba di rumah saya dalam pukul 11.00 pagi. Sampai aje diorang double check brg2 abah..mn tau kot la ada yg terlupa masuk.

Check buku kesihatan, pasport, ubat utk 40 hari kat Makkah

Beg dah siap..nak tulis nama pulak pada beg. Akak cakap lepas kenduri tak sempat nak tulis..kepenatan semuanya.


Abg Dee ada tempah plastik nama..nak tampal pada beg tapi gam plastik tak berapa kuat. Sudahnya tulis manual pakai liquid paper. Tu..tgh konsentrate la tu..

Siap yg lelaki solat Jumaat, kami pun makan tgh hari. Menunya nasi kerabu..gambar nasi kerabu lupa nak snap. Dalam pukul 5 lepas asar, kami pun siap2 nak gerak ke Kelana Jaya. Sebelum gerak, biasanya org nak naik haji kena azan dulu. Dah takde orang lain dah, Abg Dee la yg kena azan.


Perjalanan kami ke Kelana Jaya Alhamdulillah lancar..tak jem tapi perlahan sbb time org balik keje. Kami sampai di Kelana Jaya pukul 5.57 ptg.





Walaupun abah  nak pegi jauh, kami tetap happening. Sempat posing, sempat  gelak2 lg..tengok la ni..




Sampai di Tabung Haji, abah keluarkan surat dan terus ke kaunter. Hehe..masa ni lah kami rasa HARI NI DALAM SEJARAH..



"Pakcik lapor diri kul 1.30 pagi.. bukan flight kul 1.30 pg. Flight pakcik kul 5.30 pg.."
"La..ye ke..patut la byk beg tulis KT46. Pakcik KT47..aiseyman" 




Haaaa..amik kau..tak tau  mana satu samada salah baca atau silap pemahaman.  Dah silap percaturan..rupa2nya dalam surat tulis MASA LAPOR DIRI : 1.30 pagi. Bermakna bakal haji start lapor diri kul 1.30 pagi bukan naik flight kul 1.30 pg. Abah berlepas kul 5.30 pagi. Hehe..pelik betul dlm ramai2 sorang pun tak perasan..apaaraaah cit.!
Takpe la..dah sampai takkan nak balik.

Sesi berbincang nak ke mana sbb nak tunggu sampai kul 1.30 pagi, mau buruk rupa sorang2..



Akhirnya, kitaorg decide cari hotel yg dekat2 area Kelana Jaya ni utk rehat dan solat..



Aik..kejapnya dah balik dah..hehe!

Ni la hotel yang kami lepak sampai kul 11.00 mlm. Nama hotel Goodhope Hotel..memang good sbb bersih dan boleh laaaa..Kami check in kul 7.00 mlm. Walaupun 4 jam je dalam bilik hotel, harga sama je cam duduk sehari..huh!..nk buat camne. Kami ni ramai yg kenot2.


Budak perempuan cina ni peramah pulak..walaupun memusing cari hotel ni tak jumpa tp sbb budak ni peramah jd rileks sikit..Sponsor hotel sbanyak RM140 hari tu heehe..Abg Dee..


Tengok la tu.. masuk je dlm bilik hotel katil dulu yg kenot2 ni lanyak. Lepas lanyak katil, masing2 kelaparan. Kasi makan drumet licin, Abg Jee order pizza licin, akak beli nasi goreng pun licin..nasi goreng org tua yg bedal lebih. Lapar wehhh..nak turun malas. Nasib baik Abg Dee  rajin rewang2..kalau pegi hotel mana2 dia la yg rajin turun survey kedai dekat2 hotel.


Dalam pukul 10.30 malam, kami check out hotel. Lepas tu minum2 kat gerai dekat hotel tu.



Sebab dh malam, mcm tak lalu nak makan..hirup sup je..geng bas sekolah satu meja order tak mengalah..teh laici..sedap sgt la tu..

Dah siap minum, kami gerak ke Tabung Haji. Sampai kat Tabung Haji, abah kena beratur utk ambil pas dan beg yg sangkut kat leher tu. Kaunter kelengkapan jemaah haji buka tepat kul 12.30 tgh malam..lama juga kena tunggu. Sepatutnya kalau dh tengok org dah beratur panjang, buka je la kaunter...emm..nak buat camne kan..prosedur dh gitu..hish..sabo2..



Dari satu kaunter ke kaunter beg kecil, akhirnya kat leher abah dh tergantung pas JEMAAH HAJI MALAYSIA..huih..satu macam rasa bila tengok tag ni..bukan senang nk dpt..kena kumpul duit puluh2 tahun..duit loan tak bolehhh, silap2 dpt haji malboro..

Bila semua dah settle, kami standby aje for next announcement..
PERHATIAN KEPADA BAKAL-BAKAL HAJI, ANDA DIKEHENDAKI BERSIAP SEDIA UNTUK KE KAUNTER DAFTAR MASUK.

Lepas je pengumuman ni, kami pun salam dgn abah, peluk cium, minta ampun dgn abah..sedihhh..nangisss...





Abah nampak bersemangat nak ke Tanah Suci Makkah. Semoga abah sihat di sana dan peroleh haji mabrur. Insyaallah panjang umur kita dapat berjumpa lagi. Kami tunggu kepulangan abah pada 12 November 2012. 


Lepas abah masuk ke dalam dewan daftar masuk, kami pun balik ke Bangi. Dalam pukul 2.30 pagi kami sampai. Rehat, mandi bam..tido.

Itulah cerita abah kami yang naik haji..


  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan